PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Menurut kandungan dokumen berkenaan, undang-undang yang diterima pakai itu bertujuan untuk melindungi masyarakat negara tersebut daripada kebejatan moral berikutan golongan LGBTQ semakin mendominasi dunia.
Undang-undang Membanteras Pelacuran dan Homoseksualiti itu menetapkan hukuman penjara sehingga 15 tahun kepada pesalah yang melakukan hubungan sejantina, manakala pelaku mempromosikan homoseksual atau aktiviti persundalan bakal dihukum penjara tujuh tahun.
Difahamkan, RUU itu pada mulanya turut mengenakan hukuman mati terhadap pesalah, namun butiran itu dipinda setelah berdepan bantahan kuat daripada Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah.
Ia juga mengenakan tindakan tegas terhadap individu yang sengaja menyerupai gender berlawanan dan menukar jantina asal yang boleh dihukum penjara antara 12 dan 36 bulan.
Data Our World menunjukkan lebih 60 negara melaksanakan langkah tegas sama terhadap golongan LGBTQ manakala perbuatan seksual luar tabii itu dianggap tidak melanggar undang-undang di lebih 130 negara. - Sinar Harian/ Agensi
Sinar Harian
Sun Apr 28 2024
Undang-undang Membanteras Pelacuran dan Homoseksualiti itu menetapkan hukuman penjara sehingga 15 tahun kepada pesalah yang melakukan hubungan sejantina. - Gambar hiasan/ Reuters
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasangan pengantin Iraq masih trauma, akui jiwa mati selepas insiden kebakaran maut
Majlis perkahwinan pada malam Selasa lalu itu dihadiri 900 tetamu, dengan kebakaran bermula kira-kira jam 10.45 malam.
Proton X90 tembusi pasaran Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei
Kenderaan tenaga baharu pertama Proton Holdings Bhd, X90 mencatat kemunculan pertama di Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei.
Iraq isytihar perintah berkurung di Kirkuk selepas pertempuran
Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia' al-Sudani mengarahkan perintah berkurung dan memulakan operasi mencari di kawasan rusuhan.
3 jalani hukuman gantung di Iraq terlibat pengeboman Daesh ragut 300 nyawa
Perdana Menteri Iraq Mohammed al-Soudani menyifatkan hukuman itu "adil" semasa pertemuan dengan keluarga mangsa.
Zambry mulakan lawatan rasmi pertama ke Iraq mulai Rabu
Zambry dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas pemimpin Iraq dan pertemuan dua hala dengan Fuad.
NATO peluas peranannya sebagai penasihat di Iraq
NATO sedang meluaskan misinya untuk menyokong pasukan keselamatan di Iraq, menurut pakatan pertahanan Barat yang dianggotai 31 negara itu pada Khamis.
Harta bekas Menteri Minyak Iraq dirampas kerana dakwaan rasuah
Beliau didapati menyalah guna kedudukan dan menerima rasuah daripada beberapa pelabur yang mempunyai kontrak dengan Kementerian Minyak.